ATHENS – Sekurang-kurangnya 12 anak kapal kargo hilang manakala seorang ditemui maut selepas ia karam di luar Pulau Laut Aegean Lesvos pada hari Ahad.
Seorang kelasi telah diselamatkan oleh helikopter Tentera Laut Hellenic dan dibawa ke hospital tempatan, lapor agensi berita Greece, AMNA.
Kapal itu karam itu akibat masalah mekanikal manakala angin kencang 8 pada skala Beaufort (62-74 km sejam) bertiup di kawasan itu memburukkan lagi keadaan.
Awal pagi Ahad, kapten kapal kargo itu melaporkan masalah kapal tersebut kepada pihak berkuasa.
Kira-kira 8.20 pagi (0620 GMT), kapal itu mula condong dan menghantar panggilan kecemasan kepada kapal berhampiran sebelum hilang daripada radar, lapor media tempatan Greek Reporter.
Kapal kargo itu mengibarkan bendera Kepulauan Comoros dan dikendalikan oleh syarikat Lubnan.
Syarikat itu berkata, terdapat 14 anak kapal dari Mesir, Syria dan India ketika tragedi itu berlaku.
Kapal itu membawa 6,000 tan garam dari Mesir ke Istanbul, Turki.
Pengawal Pantai Greece dan pihak berkuasa pelabuhan tempatan telah menghantar helikopter dan kapal penyelamat untuk operasi menyelamat.
- Kelajuan angin di perairan sekitar Lesvos dijangka meningkat sehingga 9 atau 10 pada skala Beaufort, kata biro cuaca. – Agensi