Timbalan Setiausaha Agung PKR Pusat Dr Sathia Prakash Nadarajan

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) diminta mencari jalan penyelesaian terhadap larangan memainkan lagu tradisi Tamil, Tamil Thai Valthu, dalam penganjuran Karnival Bahasa Tamil Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 di Kepala Batas, Pulau Pinang baru-baru.

Berikutan itu, Timbalan Setiausaha Agung PKR Pusat, Dr Sathia Prakash Nadarajan mencadangkan KPM melantik pegawai pendidikan berbangsa India dan Cina yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan program membabitkan sekolah vernakular pada masa depan.

“Ini kerana mereka mempunyai latar belakang dan pengetahuan luas mengenai tradisi, budaya masyarakat itu sendiri yang secara tidak langsung akan membantu KPM mengelak sebarang pertindihan atau masalah dalam mengendalikan sebarang penganjuran program sekolah berkenaan di masa depan,” katanya.

Bagaimanapun, difahamkan Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPNPP) menerusi kenyataan berkata, KPM prihatin berhubung isu tular larangan nyanyian lagu tradisi ketika penganjuran Karnival Bahasa Tamil Peringkat Kebangsaan 2023 dan sudah mengambil langkah bagi mengelak perkara seumpama berulang.

Sementara itu, Sathia Prakash memberitahu, beliau difahamkan KPM sedang menjalankan siasatan untuk mencari jalanĀ  penyelesaian perkara tersebut.

Sathia Prakash selaku penyelaras Parlimen Hulu Selangor berharap para pegawai pendidikan di peringkat negeri agar lebih sensitif dan berpengetahuan selepas ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.