Fadhlina Sidek

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) memberi jaminan insiden larangan nyanyi lagu tradisi bahasa Tamil ketika penganjuran Karnival Bahasa Tamil Peringkat Kebangsaan 2023 di sebuah hotel di Kepala Batas, Pulau Pinang tidak akan berulang.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, perkara itu tidak sepatutnya berlaku dan KPM secara terbuka memohon maaf kepada masyarakat India yang tersinggung dengan perkara berkenaan.

“Ia tidak sepatutnya berlaku, untuk makluman lagu Tamil Kadavul Valthu akan dinyanyikan dalam majlis sambutan Deepavali pada 29 November di Pulau Pinang supaya dapat dihayati oleh semua warga pendidik di Pulau Pinang, tidak ada masalah.

“Saya berikan jamiman kepada semua yang perkara ini tidak akan berlaku lagi pada masa akan datang.

“KPM telah mengambil tindakan tegas kepada pegawai yang telah didapati cuai dalam melaksanakan perkara-perkara yang berkaitan dengan sentivititi,” katanya ketika sesi penggulungan KPM di peringkat Jawatankuasa bagi Rang Undang-undang Perbekalan 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.

Jumaat lalu, terdapat dakwaan larangan menyanyikan lagu Kadavul Valthu dan Tamil Valthu dalam Majlis Perasmian Karnival Bahasa Tamil Peringkat Kebangsaan 2023 anjuran KPM.

Terdahulu, media melaporkan Exco Pulau Pinang Sundarajoo Somu dan Ahli Dewan Undangan Negeri Bagan Dalam, Kumaran Krishnan mendakwa sepanduk yang memaparkan gambar tokoh kesusasteraan dan falsafah Tamil, Thiruvalluvar juga dihalang daripada digunakan.

Namun, KPM menafikan dakwaan tersebut. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Bagus la kita menjaga hubungan kaum di negara kita. Cuma mcm biasa org melayu, sesama bangsa ja dia tak berapa jaga. Nak takbir n solidariti tak boleh sbb org lain yg dijaga tadi, rasa terancam. Camni la nasib melayu di bumi melayu.

  2. Entahlah.. Menteri Pendidiman Fadhlina yang bersalah atau pegawai dia yang bersalah. Tak tahu pulak pegawai pun bertukar setiap 5 tahun. 1 program yang dijalankan setiap tahun, tetiba ada issue.

Comments are closed.