Gambar hiasan

JAKARTA – Kos menunaikan ibadah haji bagi setiap jemaah Indonesia ditetapkan sebanyak 56 juta rupiah (RM16,940) pada tahun depan berbanding 49.8 juta rupiah pada 2023.

Bakal jemaah hanya perlu membayar 60 peratus daripada kos sebenar yang berjumlah 93.4 juta rupiah (RM28,271) manakala bakinya ditanggung daripada dana diurus Badan Pengurusan Kewangan Haji.

Perkara itu ditetapkan dalam mesyuarat antara Suruhanjaya VIII Dewan Perwakilan Rakyat dan Kementerian Agama diketuai menterinya Yaqut Cholil Quomas pada Isnin.

Yaqut menjelaskan kos haji dipengaruhi nilai pertukaran matawang Rupiah berbanding dolar Amerika Syarikat dan riyal Arab Saudi terhadap pembayaran pengangkutan, hotel, penerbangan, visa, insuran dan wang saku.

Jumlah jemaah haji Indonesia tahun depan meningkat kepada 241,000 orang berbanding 221,000 orang pada 2023. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast