Baju pertunangan milik Puteri Diana.

LONDON – Baju yang pernah dipakai oleh Puteri Diana adalah antara barangan yang akan dijual pada lelongan pakaian pada bulan depan.

Baju tersebut dipakai Diana pada majis pertunangan beliau pada 1981 dan gambarnya dirakam jurugambar diraja, Lord Snowden.

Gambar Diana memakai blaus itu diterbitkan dalam majalah Vogue, bertepatan dengan pengumuman rasmi pertunangan Putera Charles dan Diana pada Februari 1981, menurut Galeri Potret Kebangsaan.

Pakaian itu direka oleh pereka fesyen terkenal, David dan Elizabeth Emanuel, yang kemudian menghasilkan gaun perkahwinan Diana dengan Charles pada tahun yang sama.

Baju pertunangan Puteri Wales itu dianggarkan bernilai antara $80,000 hingga $100,000 (£64,000 hingga £80,000).

Pereka fesyennya menyimpan blaus tersebut sehingga dia menjualnya pada 2010.

Baju pertunangan itu dipamerkan di Istana Kensington pada 2017 hingga 2019 sebagai sebahagian daripada pameran pakaian puteri tersebut.

Sesi lelongan Hollywood Legends yang dikendalikan Julien’s Auctions dan Turner Classic Movies (TCM) akan berlangsung di Beverly Hills, Los Angeles dan juga atas talian bermula 14 hingga 17 Disember. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast