Johari Abdul

KUALA LUMPUR – Nama-nama Ahli Parlimen yang masih belum melakukan pemeriksaan kesihatan seperti dikehendaki Dewan Rakyat akan dipaparkan pada 1 Disember ini.

Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, pihaknya mendapati seramai lapan Ahli Parlimen masih belum membuat saringan kesihatan.

“Setakat ini, seramai 213 Ahli Dewan Rakyat dan enam orang Senator telah selesai menjalani pemeriksaan kesihatan dan saya mengucapkan tahniah kepada kesemua mereka,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Sehubungan itu beliau meminta Ahli Parlimen yang belum menjalani pemeriksaan kesihatan agar segera melakukannya. – MalaysiaGazette