Henry Kissinger

NEW YORK – Bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat Henry Kissinger dilaporkan meninggal dunia hari ini.

Beliau yang genap berusia 100 tahun Mei lalu meninggal dunia dilaporkan di rumahnya di Connecticut.

Dilahirkan di Jerman, Kissinger berketurunan Yahudi melarikan diri dari rejim Nazi sebelum Perang Dunia Kedua kemudian menjadi warganegara AS dan menyertai tentera semasa konflik.

Selepas perang dia beralih ke akademik, mengajar hubungan antarabangsa selama dua dekad di Universiti Harvard.

Kissinger berkhidmat dalam kerajaan AS antara tahun 1969 dan 1977 bawah Presiden Richard Nixon dan Gerald Ford ketika era perang dingin dengan Kesatuan Soviet.

Beliau juga menjadi penasihat kepada sedozen presiden termasuk Joe Biden dan memenangi hadiah Nobel Keamanan kerana merundingkan penamatan perang Vietnam.

Beliau campurtangan banyak isu antarabangsa termasuk pencerobohan di Timor Timur menyokong pencerobohan Angola oleh rejim apartheid di Afrika Selatan dan bekerja dengan CIA untuk menggulingkan presiden Chile yang dipilih secara demokrasi. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast