Muhyiddin melawat Ismail ditemani isrterinya, Puan Seri Noraini dan Tan Sri Noh Omar di IJN.
Muhyiddin melawat Ismail ditemani isrterinya, Puan Seri Noraini dan Tan Sri Noh Omar di IJN.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Maran, Datuk Seri Dr. Ismail Abd. Muttalib dijangka dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) tidak lama lagi.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, maklumat tersebut diterima beliau semasa melawat Ismail, semalam.

“Meluangkan masa menziarahi Datuk Seri Dr Haji Ismail Muttalib, Ahli Parlimen Maran yang sedang menerima rawatan jangkitan paru-paru di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.

“Difahamkan keadaan kesihatan Ismail kini semakin baik dan dijangka dibenarkan pulang dalam masa terdekat,” katanya dalam satu kenyataan.

Turut bersama Muhyiddin adalah bekas Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar.

Pada 21 November lalu Ismail yang dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU) IJN sejak 6 November lalu dilaporkan semakin stabil.

Isteri beliau, Datin Seri Fatimah Kasim berkata, Ismail mengadu tidak sihat ketika berada di ruang lobi Parlimen bagi menghadiri sidang Dewan Rakyat. – MalaysiaGazette