Wan Rosdy berkesempatan memandu uji kereta elektrronik model terbaharu dari Cherry dikenani Odomo E5 di Kuantan hari ini.

KUANTAN – Kemenangan oleh Pas mewakili Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman pada semalam diterima oleh Barisan Nasional (BN).

Pengerusi BN Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, keputusan itu telah diterjemah oleh rakyat dalam proses demokrasi di negara ini.

”Kita ucapkan tahniah kepada Pas pada kemenangan di Kemaman. Rakyat telah buat keputusan, kita akur,” katanya ketika ditemui di Pusat Servis 4S Chery di Pusat Perindustrian Semambu di Kuantan hari ini.

Pada majlis tersebut, Menteri Besar berkesempatan memandu uji kereta elektrronik model terbaharu dari Cherry dikenali Odomo E5.

Semalam, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menang besar dengan majoriti 37,220 berbanding 27,179 undi yang dimenangi penyandang sebelum ini, Che Alias Hamid dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Dr. Sam memperoleh 64,998 undi manakala pesaingnya, Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dari Barisan Nasional (BN) memperolehi 27,778 undi.

Sementara itu, Wan Rosdy berkata, pihaknhya bersedia mempertimbangkan pengguna model Chery sebagai kenderaan kegunaan kerajaan negeri.

”Kita akan fikirkan perkara ini, sebab  baru lagi dia tidak boleh buat keputusan terburu-buru, maknanya bila guna duit kerajaan kita kena berhati-hati.

”Kalau sekiranya ia lebih baik daripada yang lain-lain ia tidak ada masalah kerajaan memikirkan penggunaannya,” terang Wan Rosdy.

Bagaimanapun katanya penggunaan jenis model itu bukanlah akan digunakan dalam masa terdekat. – MalaysiaGazette