Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda Sabah dan Sarawak sehingga jam 5 petang, hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataan yang dikeluarkan jam pada 1.30 tengah hari memaklumkan, negeri yang terlibat ialah Sarawak meliputi Kuching (Kuching), Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan, Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu), Mukah (Tanjung Manis dan Daro) dan Bintulu (Tatau)

Di Sabah pula melibatkan Pedalaman (Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Kota Marudu dan Pitas).

Katanya, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – MalaysiaGazette