Wanita Palestin yang sedih melihat mangsa kekejaman Israel di bawa ke hospital.

TEL AVIV – Pasukan Pertahanan Israel (IDF) berikrar untuk menyerang Gaza sambil menegaskan kempen ketenteraan di bahagian selatan wilayah selatan tidak kurang hebat seperti bahagian utara.

Ketua Staf IDF Lt. Jeneral Herzi Halevi berkata, pihaknya telah melakukan 10,000 serangan di Gaza.

“Kami mempunyai keupayaan untuk [beroperasi] dengan cara yang paling teliti, dan sama seperti kami melakukannya dengan kuat dan menyeluruh di utara Semenanjung Gaza, kami juga melakukannya sekarang di selatan Semenanjung Gaza,” katanya.

The Times of Israel juga melaporkan, Jurucakap IDF Laksamana Muda Daniel Hagari berkata, tentera sedang memperluaskan serangan darat ke semua kawasan di Semenanjung Gaza.

Pengesahan tentera mengenai pergerakan ke selatan datang selepas laporan yang tidak disahkan pada Ahad mengenai pasukan darat IDF yang beroperasi di selatan Semenanjung Gaza, buat pertama kali sejak serangan darat dilancarkan pada akhir Oktober.

Rakaman yang disiarkan ke media sosial dikatakan menunjukkan kereta kebal Israel di jalan Salah a-Din, lebuh raya utara-selatan utama Gaza, antara Deir al Balah dan Khan Younis.

Rakaman itu muncul ketika kedua-dua kumpulan pengganas Hamas dan Jihad Islam Palestin mendakwa telah bertempur dengan askar IDF di kawasan timur laut Khan Younis pada hari Ahad.

Tindakan kejam Israel telah membunuh 15,500 rakyat Palestine dengan lebih 6,000 adalah kanak-kanak dan 4,000 wanita.-Agensi