Azli Mohd Noor

KUALA LIPIS – Sebuah rakaman tular melibatkan individu mengasari seorang lelaki di sebuah madrasah membabitkan kes buli merupakan video lama.

Ketua Polis Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, video tersebut mula disebarkan semula sejak pagi tadi sehingga menimbulkan spekulasi daripada orang awam itu sebenarnya berlaku tahun lalu.

”Pada 4 Disember 2023, lebih kurang 10 pagi tadi Polis Diraja Malaysia (PDRM) Lipis telah mengesan satu video berdurasi satu minit 19 saat telah dimuat naik oleh pemilik akaun twitter  @mulfti memaparkan kejadian individu mengasari seorang lelaki di madrasah.

”Hasil semakan pihak PDRM Lipis mendapati video tersebut adalah merupakan video lama yang ditularkan kembali oleh pihak tidak bertanggungjawab. Kejadian tersebut telah berlaku pada 11 Ogos 2022,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Susulan kes tersebut, polis telah menjalankan siasatan dan telah membuat tangkapan ke atas lima orang suspek terlibat.

Kesemua pesalah telah dituduh di mahkamah di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana menceroboh kawasan.

Justeru Azli mengharapkan agar video tersebut tidak lagi disebarkan oleh mana-mana pihak. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast