Benjamin Needham

GAZA CITY – Seorang belia British berusia 19 tahun yang berkhidmat untuk Pasukan Pertahanan Israel (IDF) dilaporkan maut di Gaza selepas bertempur dengan tentera pejuang Palestin, Hamas.

Benjamin Needham dilaporkan berada di Gaza selama dua hari sebelum mati dalam pertempuran dengan Hamas.

Menurut The Times of Israel, Needham berkhidmat dengan Batalion ke-601 Kor Kejuruteraan Tempur dan baru menamatkan pengajian dan sedang menjalani latihan profesional.

“Kami tidak tahu secara terperinci apa yang berlaku tetapi dia hanya berada di Gaza selama dua hari. Dia masuk pada hari Jumaat dan meninggal dunia Ahad,” kata kakak mangsa.

Beliau adalah salah seorang daripada tiga askar yang maut dalam operasi pertempuran di Gaza pada Ahad. Dua lagi askar dinamakan sebagai Neriya Shaer dan Ben Zussman.

IDF berkata 401 askar Israel telah terbunuh, 75 daripada mereka semasa serangan darat di dalam Gaza. – Agensi