Calon Barisan Nasional N.37 Guai, Datuk Sabariah Saidin berucap pada Program Bersama Masyarakat Kampung Durian Tawar sempena kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Bera, Pahang. Foto HAZROL ZAINAL, 15 NOVEMBER 2022.

KUANTAN – Hanya 9,073 penerima kad kesihatan Kad Kesihatan Pahang Pride Kasih yang telah memanfaatkan kemudahan itu di klinik kesihatan terpilih di negeri ini.

Exco Pembangunan Pahang Wanita Kebajikan Masyarakat, Dan Keluarga Negeri, Datuk Sabariah Saidan berkata, kadar penggunaan bersamaan 38,1 peratus itu disifatkan rendah berikutan perluasannya dibuat  secara berperingkat-peringkat.

Menurutnya, seramai 30,600 orang menerima bantuan kad kesihatan itu sejak agihan kad kesihatan kepada penerima telah dilaksanakan mulai Mei 2023.

”Penerima Bantuan Warga Emas dan Bantuan OKU tidak bekerja di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), pesara KEMAS, JASA dan SERANTA, bekas ketua kampung dan ketua kampung.

”Pelbagai promosi dilakukan seperti hebahan di dalam media sosial seperti Facebook,  Instagram serta aplikasi mudah alih yang mana penerima dapat mengetahui baki penggunaan kad tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawap soalan dikemukakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lanchang, Hasan Omar pada Sidang Dun Pahang Ke-15  di Wisma Sri Pahang, Kuantan hari ini.

Sabariah berkata, ADUN perlu memainkan peranan dalam penyampaian maklumat berkaitan program kad berkenaan agar manfaat kad ini dapat dinikmati sepenuhnya oleh kumpulan sasar.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast