NEW YORK – Serangan roket tentera Hamas terhadap Israel pada 7 Oktober lalu hampir mengenai pangkalan tentera zionis yang disyaki menempatkan peluru berpandu berkeupayaan nuklear.
The New York Times melaporkan, kesan roket itu menyebabkan kebakaran di pangkalan Sdot Micha di tengah Israel yang menjadi lokasi penyimpanan peluru berpandu kuasa nuklear negara itu.
Menurut akhbar tersebut, banyak sumber termasuk pemberi maklumat, pegawai Amerika Syarikat dan penganalisis imejan satelit menegaskan bahawa Israel memiliki sekurang-kurangnya sejumlah kecil senjata nuklear.
Bagaimanapun Israel tidak pernah secara rasmi mengakui kewujudan senjata nuklear di negara zionis itu. .
Serangan roket menyebabkan kebakaran kira-kira 300 meter dari kemudahan penyimpanan peluru berpandu dan senjata sensitif lain.
Katanya, kebakaran yang terhasil yang diakibatkan oleh tumbuh-tumbuhan kering, boleh dilihat dalam imej satelit, menekankan kedekatan insiden dengan infrastruktur ketenteraan yang kritikal. – Agensi