Daniel Khoo (kiri) Chang Chung Kuang (tengah) dan Ben (kanan) ketika sidang media di Pusat Komuniti DUN Semambu, Kuantan hari ini

KUANTAN – Bekas mangsa sindiket pekerjaan palsu luar negara disyaki menjadi dalang merekrut orang baharu sebagai mangsa dan dapat menebus diri dalam cengkaman penjenayah terbabit.

Pegawai Perhubungan Awam Pertubuhan Kemanusiaan Malaysia Antarabangsa (MHO), Daniel Khoo berkata perkara itu tidak mustahil dan bekas mangsa didapati menjadi ejen kepada sindiket berkenaan.

Ini katanya sindiket tersebut menawarkan tawaran gaji yang lumayan dengan menjanjikan ’pembebasan’ kepada mangsa pemerdagangan manusia sebelum pulang ke tanah air.

”Besar kemungkinan dalang sindiket ini terdiri daripada mangsa tawaran pekerjaan palsu sendiri. Sama ada mereka scam duit atau rekrut orang lain pula.

”Ini kerana mangsa dahulu merasakan mereka bebas dan selamat pun, tidak ada masalah. Jadi dia akan tipu orang sekeliling dia pula.

”Jadi jangan  senang-senang percaya kalau kawan menawarkan perkerjaan terutamanya di luar negara dengan gaji yang mahal,” katanya pada sidang media hari ini.

Hadir sama pada sidang media adalah Ahli Dewan Undangan Neger Semambu, Chang Chung Kuang bersama Ben, mangsa yang terselamat daripada menjadi sindiket tawaran pekerjaan palsu di Thailand  baru-baru ini.

Daniel menegaskan, pihak scammer mempunya pelbagai modus operandi bagi menjerat mangsa supaya percaya akan tawaran pekerjaan berkenaan.

”Jika mangsa dibelikan tiket kapal terbang ke luar negara, tawaran gaji mahal, elaun dan komisen termasuk tempat tinggal, itulah sindiket scammer yang menipu.

”Mereka tahu ramai orang Malaysia teruatamanya yang terdesak percari pekerjaan, jadi mereka main hati dan peraasaan untuk tawar pekerjaan.

“Itulah adalah perangkap,” tegasnya. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Diugut bunuh selepas terselamat jadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia