KUALA LUMPUR – Seorang wanita warga asing yang dipercayai membuat kecoh di perkarangan Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, di sini, diberkas polis, semalam.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya yang menerima laporan mengenai kejadian pada jam 3.30 petang telah mengerahkan anggota ke lokasi kejadian dan menahan suspek.
“Suspek berusia 31 tahun itu kini sedang disiasat di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.
Menurut Noor Dellhan, individu tersebut direman selama tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan. – MalaysiaGazette