Bangunan MBSB Bank

KUALA LUMPUR – Sempena hari keputeraan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-haj, operasi ibu pejabat MBSB Bank Berhad (MBSB Bank) dan lapan cawangan yang terletak di Selangor akan ditutup esok.

Cawangan tersebut ialah PJ Sentral, Kelana Jaya, Klang, Batu Caves, Bangi, Puchong, Shah Alam dan Kajang.

Selain daripada cawangan tersebut, cawangan Bank MBSB yang lain di seluruh negara dibuka dan akan beroperasi seperti biasa untuk memberikan perkhidmatan kepada pelanggan.

Sementara itu, perkhidmatan teras untuk menyokong operasi perbankan harian dan perniagaan bank akan diteruskancuntuk beroperasi di ibu pejabatnya, Menara MBSB Bank.

Pelanggan boleh memilih untuk melakukan transaksi perbankan dalam talian melalui Cawangan Maya M JOURNEY MBSB Bank.

Pusat khidmat pelanggan Bank boleh dihubungi di 03 2096 3000 atau pelanggan boleh menghantar
pertanyaan kepada [email protected]. – MalaysiaGazette