Lokasi kejadian pasangan suami isteri mati ditikam anak kandung di Sungai Penchala, semalam.

KUALA LUMPUR – Pasangan warga emas yang ditikam sehingga mati oleh anak sendiri dalam kejadian di Kampung Sungai Penchala semalam, akan dikebumikan malam ini.

Keluarga mangsa telah menuntut jenazah kedua-duany di Jabatan Patologi Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sebelum dibawa untuk dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Jamek Tengku Abdul Aziz Shah.

Sejurus selepas sembahyang, jenazah akan dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Sungai Penchala.

Media melaporkan, mayat suami isteri itu dibedah siasat selama tujuh jam bermula  10.30 pagi tadi.

Dalam satu sidang media, pagi tadi, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, suspek yang membunuh pasangan warga emas itu mempunyai 9 rekod dadah.

Suspek, 42, yang direman selama tujuh hari disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – MalaysiaGazette

Pasangan warga emas mati ditikam anak