Foto Instagram Puteri Sarah.

KUALA LUMPUR – Pelakon Puteri Sarah Liyana menyifatkan pemergiannya ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah sebagai rezeki daripada Allah SWT selain ia tempat terbaik bagi bermuhasabah diri.

Puteri Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, berkata, umrah tidak terhad dilakukan oleh semua umat Islam dan menganggap dia bertuah kerana dikurniakan rezeki ke sana.

“Ramai tanya kenapa asyik pergi umrah? Berapa kali pergi umrah? Tak ada had pun. Ini rezeki saya.

“Tempat ini (Tanah Suci) adalah tempat saya healing sambil beribadah dan muhasabah diri sendiri,” katanya di Instagram miliknya di sini.

Ibu tunggal dua anak itu tampil menjawab pertanyaan pengikutnya yang ingin tahu sebab aktres itu kerap ke Makkah sejak kebelakangan ini.

Puteri Sarah memberitahu kunjungan ke Makkah kali ini tanpa ditemani sesiapa dan bersyukur semua urusan ibadah dipermudahkan.

Pelakon drama Sabarlah Duhai Hati itu turut berdoa di hadapan Kaabah bagi menunaikan hasrat yang dikirimkan peminat.

Puteri Sarah juga memohon untuk dirinya sekali lagi dijemput ke tanah suci bagi menunaikan umrah dan haji pada masa akan datang.

“Ya Allah panggilah hambaMu yang lemah, hina ini untuk kembali ke sini menunaikan umrah atau haji dengan takdir kekuasaanMu kerana aku yakin jika Engkau berhendak maka tidak ada satu pun yang boleh menghalangnya.

“Alhamdulillah doa-doa yang anda semua DM atau whatsApp saya sudah bacakan di depan Kaabah,” ujarnya. Pada Januari lalu, Puteri Sarah dan dua orang cahaya matanya iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 5, bersama-sama menunaikan umrah di Tanah Suci Makkah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast