Jaclyn Victor membawa pulang hadiah wang tunai RM200,000.

KUALA LUMPUR – Penyanyi bersuara lantang, Jaclyn Victor dinobatkan sebagai juara All Stars Gegar Vaganza (ASGV) sekali gus mengenepikan enam peserta lain selepas 11 minggu bertanding.

Kejuaraan tersebut melayakkan juara musim kesembilan tersebut membawa pulang hadiah wang tunai RM200,000 sumbangan Astro, pakej percutian ke Switzerland sumbangan Kaki Jalan, trofi serta hadiah lain.

Mempersembahkan lagu When You Believe nyanyian asal Whitney Houstan dan lagu duet Sandarkan Pada Kenangan nyanyian bersama Datuk Jamal Abdillah – kemenangan tersebut menamatkan spekulasi mengenai siapakah antara enam peserta yang layak memegang trofi juara ASGV.

Selain itu, pihak Astro mengumumkan semua peserta membawa pulang RM10,000, pakej percutian sumbangan Kaki Jalan serta trofi iringan.

Bagaimanapun, tuah menyebelahi Naqiu yang meraih gelaran Pemenang Pilihan Bos Susu sekali gus membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000.

Pentas akhir ASGV telah bersiaran langsung di Axiata Arena Bukit Jalil, malam tadi.

Sementara itu, segelintir netizen mempertikaikan keputusan juri ASGV yang mengangkat Jaclyn sebagai juara pada konsert akhir malam tadi.

Bagi mereka, peserta pilihan iaitu Liza Hanim atau Hady Mirza yang lebih layak untuk memegang gelaran juara GV10.

Pengkritik dibarisi juri tetap, Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat dan juri undangan, Ratu Rock, Ella dan ia dikendalikan pasangan pengacara, Nabil Ahmad dan Jihan Muse. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast