Satu mayat tanpa identiti dalam keadaan reput ditemukan terapung di perairan Pangkor Laut di Pulau Pangkor, Lumut. foto ihsan PDRM

LUMUT – Satu mayat tanpa identiti dalam keadaan reput ditemukan terapung di perairan Pangkor Laut di Pulau Pangkor, dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah berkata, pihaknya menerima maklumat berkenaan perkara itu daripada orang awam sekitar pukul 12.18 tengah hari.

Beliau berkata, sejurus selepas itu sepasukan anggota Polis Pulau Pangkor bersama Polis Marin Kampung Acheh dan Bomba Pulau Pangkor ke lokasi kejadian bagi mengesahkan penemuan mayat berkenaan.

“Hasil pemeriksaan di lokasi mendapati mayat berkenaan memakai seluar jeans berwarna biru serta berbaju merah.

“Bagaimanapun, pihak polis tidak menemukan sebarang dokumen pengenalan diri dan jantina mangsa tidak dapat dikenal pasti.

“Hasil siasatan awal juga mendapati, mayat dipercayai sudah dua minggu di dalam laut dan ia berdasarkan kepada keadaan mayat yang reput serta pakaian yang berlumut,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

mayat Pangkor terapung Pangkor laut lumut Perak mayat reput mayat Pangkor terapung Pangkor laut lumut Perak mayat reput
Satu mayat tanpa identiti dalam keadaan reput ditemukan terapung di perairan Pangkor Laut di Pulau Pangkor, Lumut. foto ihsan PDRM

Ujar beliau, mayat berkenaan telah dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut buat masa ini.

“Pihak polis meminta kepada orang ramai yang kehilangan ahli keluarga atau mempunyai sebarang maklumat di minta menghubungi balai polis berdekatan atau menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung di talian 05-6886222,” katanya lagi. – MalaysiaGazette