Mohamed Khaled Nordin

PUTRAJAYA – Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, beliau terkejut dengan pertukaran portfolio yang disandang beliau ketika ini.

Ekoran itu, beliau tidak dapat membuat apa-apa kenyataan kepada media berhubung pelantikan sebagai Menteri Pertahanan yang baharu.

“Saya tidak mahu cakap (pertukaran portfolio) sebab saya masih terkejut lagi,” katanya kepada media selepas menghadiri sesi menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Malaysian Academic Consortium (MAC) Sdn. Bhd.

MoU berkenaan bagi menjayakan inisiatif pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam talian melalui sebuah platform dikenali sebagai pelantar Kolektif.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan pertukaran portfolio Khaled daripada Menteri Pendidikan Tinggi (KPT) kepada Menteri Pertahanan.

Menteri baharu KPT adalah Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang turut berubah portfolio daripada Menteri Luar kepada Menteri KPT. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast