Lebih 20 anggota polis dipercayai daripada Unit Forensik PDRM terlibat dalam kerja pemeriksaan saringan DNA di tingkat 2 dan 3, Blok R, Apartmen Idaman di Damansara Damai, Petaling Jaya malam ini.

PETALING JAYA – Kira-kira empat kenderaan Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat memasuki pekarangan blok perumahan sekitar Apartment Idaman, Damansara Damai di sini malam ini.

Tinjauan MalaysiaGazette di lokasi mendapati kenderaan berkenaan turut membawa anggota polis dipercayai dianggarkan dalam lingkungan sekitar 20 orang memasuki kawasan perumahan itu sekitar 7.50 malam tadi.

Kesemua anggota dilihat berkumpul di dalam kawasan perumahan tersebut.

Difahamkan kehadiran mereka bertujuan untuk menjalankan saringan DNA penduduk secara beramai-beramai.

Terdahulu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkam keputusan sampel DNA sebelum ini dijangka akan diterima dalam tempoh tiga hari.

Pihaknya juga menganalisa beberapa kamera papan pemuka kenderaan (dashcam) yang berhampirab lokasi kejadian yang dikesan terdapat pergerakan.

Pihaknya kini sedang menganalisa lanjut bagi menentukan pergerakan objek atau individu dalam video tersebut.

Sebelum itu, mayat Allahyarham Zayn Rayyan berusia enam tahun ditemui pada malam 6 Disember lalu di kawasan semak berhampiran anak sungai yang terletak 200 meter dari blok perumahan tersebut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast