PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Sungai Buloh, Datuk R Ramanan berkata, status beliau sebagai Pengerusi Jawatankuasa Khas Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra) kekal.
Biarpun dilantik sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), status beliau yang mengepalai jawatankuasa itu tidak berubah.
“Status quo (status pengerusi kekal) buat masa ini,” katanya dalam sidang media selepas mengimbas kad perakam waktu di lobi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi jam 11 pagi.
Ramanan yang juga Timbalan Ketua Penerangan PKR dilantik sebagai pengerusi MITRA pada April lalu.
Semalam, Ramanan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai muka baharu timbalan menteri dalam senarai rombakan Kabinet pertama kerajaan perpaduan. – MalaysiaGazette