JOHOR BAHRU – Dua pemandu terselamat selepas kereta yang dipandu terperangkap dalam banjir kilat di Jalan Persiaran Molek Utama, Taman Molek, di sini, petang tadi.

Mangsa terperangkap ialah Harry Boon Kim Quan, 17, dan Lew Say Moi, 70.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Jaya, Pegawai Bomba Kanan I Sufian Muhamed Lis berkata, dalam kejadian jam 4.38 petang itu seramai 13 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian bersama dua buah jentera sejurus menerima laporan kecemasan.

“Pasukan Keluar Operasi (PKO) membantu mengeluarkan kedua-dua mangsa sejurus tiba di tempat kejadian.

“Mangsa dipindahkan ke kawasan selamat dan balik ke balai setelah operasi selesai,” katanya dalam kenyataan.

Sufian berkata, operasi ditamatkan pada pukul 5.56 petang. – MalaysiaGazette