KUALA LUMPUR – Penyanyi rap, MK K-Clique menasihatkan pelajar yang bakal menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) agar memberi fokus kepada pelajaran sebelum menceburi bidang yang mereka minati.
MK, 27, atau nama sebenar Muhammad Hairi Amin Hamdan berkata, dia sendiri menumpukan pengajian sehingga tamat di Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebelum serius dengan bidang muzik.
Ini kerana, katanya, keluarga terutama ibu meletak harapan tinggi untuk melihat anak-anak berjaya hingga ke menara gading.
“Pelajaran itu penting seperti mana saya habiskan pelajaran dahulu baru terjun ke dunia nyanyian. Malah juga menamatkan tamat pengajian di UiTM dan baru fokus dengan muzik dan nasihat saya untuk semua pelajar SPM betapa pentingnya untuk belajar sangat penting.
“Kalau dapat ulang masa, saya mahu belajar sepenuhnya untuk berjaya dalam pelajaran,” katanya yang mendapat keputusan 5A 3B dalam SPM.
Beliau berkata demikian pada sidang media Program PTTI Pecutan Akhir SPM 2023 di sini baru-baru ini.
Program anjuran pusat peningkatan akademik dan pakar membantu pelajar SPM iaitu PTTI di ntv7.
Turut hadir adalah penyanyi Iman Troye di mana dia dan MK adalah duta dan ikon PTTI.
Mengulas lanjut, MK berkata, peranan memainkan penting sehingga dapat melahirkan pelajar yang menunjukkan peningkatan drastik dari segi keputusan di PPTI berbanding peranan seorang duta.
Sementara itu, Iman, 21, atau nama sebenar Siti Nur Alyssa Sahabudin berkata, pembabitannya sebagai duta PTTI bukan satu tugas yang mudah kerana bukan membawa namanya sebagai penyanyi.
Sebaliknya, ia satu tugas yang berat apabila perlu berkongsi pengalaman dan menjawab soalan bagi memberi motivasi ketika siri jelajah.
“Pelajar yang bakal menduduki SPM ketika amat beruntung kerana memiliki alternatif menyertai program pecutan sebelum peperiksaan berbanding saya dahulu.
“Jadi, mereka tidak bioleh terlepas peluang yang disediakan PTTI kerana pelbagai program yang diatur dan telah diakui keputusan peningkatan yang mencanak naik,” kata penyanyi lagu Teman itu.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman berkata, PTTI adalah platform pendidikan dalam talian di Malaysia dengan formula serta teknik menjawab peperiksaan yang terbukti berjaya membantu pelajar meningkatkan gred peperiksaan menerusi pembelajaran mudah dan ringkas.
“Inisiatif ini bukan saja meningkatkan akses pendidikan berkualiti tetapi juga membantu pelajar khususnya calon SPM mencapai kecemerlangan akademik mereka.
“Menerusi kolaborasi kali pertama dengan MPB yang mana ntv7 sebagai platform disediakan, saya percaya dapat membantu lebih ramai pelajar dan menaikkan lagi jumlah pelajar memperoleh keputusan semua A di Malaysia pada SPM ini,” katanya.
PTTI Pecutan Akhir SPM 2023 dikendalikan barisan 13 tenaga pengajar berpengalaman yang membantu teknik menjawab soalan-soalan SPM untuk mata pelajaran teras dan aliran Sains iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Sains, Matematik Tambahan, Fizik dan Kimia.
Setakat ini, PTTI sudah mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book Of Records (MBOR) apabila berjaya mencatat jumlah pelajar memperoleh semua A pada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 lalu menerusi kategori ‘Most Straight A’s SPM Students In A Tuition.
Selain ntv7, Program PTTI Pecutan Akhir SPM 2023 boleh diikuti secara langsung menerusi tonton Live TV dan XTRA Live TV, myfreeview (saluran 107), Astro (saluran 147), unifi (saluran 107), dan secara maya menerusi platform digital YouTube @ntv7MALAYSIAOfficial.
Selain itu, PTTI turut mengadakan program Selekoh Akhir SPM yang dijalankan secara dalam talian. – MalaysiaGazette