Adam Adli Abd Halim.

KUALA LUMPUR – Kementerian Belia dan Sukan mahu lebih banyak lagi acara e-sukan bertaraf dunia seperti ESL One dianjurkan di Malaysia pada masa akan datang.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim berkata, hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Malaysia sebagai hab e-sukan di Asia Tenggara.

“Semoga dengan usaha ini dapat memacu pertumbuhan industri e-sukan yang berterusan dan mampan di Malaysia,” katanya pada sidang media selepas sesi tinjauan mesra ESL One di sini hari ini.

Sebanyak 12 pasukan terbaik dunia yang berentap dalam permainan DOTA bersaing untuk merebut satu daripada enam tempat di play-off ESL One selain wang tunai berjumlah US$1 juta (RM4.6 juta).

Kejohanan antarabangsa itu, yang masuk tahun keempat, bermula pada 11 Dis lepas dan berakhir Ahad ini. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast