KUALA LUMPUR – Pemain pertahanan kental Selangor, Khuzaime Piee dilaporkan berada bawah pemerhatian kelab utara tanah air iaitu Kedah Darul Aman FC (Kedah) untuk musim depan.
Khuzaimi yang jarang diturunkan pada musim ini atas faktor kecederaan dianggap sebagai pengganti cukup tepat untuk Kedah selepas mereka kehilangan khidmat Rodney Celvin Akwensivie.
Walaupun tidak banyak beraksi pada musim ini, secara keseluruhan prestasi Khuzaimi masih berada pada tahap menyakinkan dan pengalaman luasnya sudah tentu ditagih untuk memperkukuhkan posisi pertahanan Sang Kenari.
Dia meninggalkan Negeri Sembilan FC hujung musim ini selepas menarik minat pengendali Red Giant, Tan Chen Hoe.
Memiliki ketinggian 1.81 meter menyaksikan Khuzaimi, 30, sering menjadi pilihan bersama Negeri Sembilan FC dalam Liga Malaysia musim lalu dengan 23 penampilan dan berjaya melakukan dua bantuan gol. – MalaysiaGazette