Peserta himpunan Malaysia Bangkit Tolak Kuasa Veto Amerika Syarikat di PBB membawa sepanduk yang mengutuk kekejaman Zionis di berhampiran Kedutaan Amerika Syarikat, Kuala Lumpur. Foto WAN NABIL NASIR, 15 DISEMBER 2023.

KUALA LUMPUR – Replika mayat bayi yang berlumuran darah serta keranda antara penyebab memorandum gagal diserahkan kepada Kedutaan Amerika Syarikat (AS) dalam satu himpunan, hari ini.

Walaupun cuaca hujan lebat selepas solat Jumaat, namun himpunan yang dihadiri kira-kira 300 orang tetap diteruskan bermula dari pekarangan Kompleks Lembaga Tabung Haji dan berarak ke Kedutaan AS di Jalan Tun Razak.

Perhimpunan Malaysia Bangkit Tolak Kuasa Veto AS dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dianjurkan Sekretariat Palestin Malaysia bersama 20 badan bukan kerajaan (NGO).

Peserta himpunan Malaysia Bangkit Tolak Kuasa Veto Amerika Syarikat di PBB berarak dari Tabung Haji ke Kedutaan Amerika Syarikat di berhampiran Kedutaan Amerika Syarikat, Kuala Lumpur. Foto WAN NABIL NASIR, 15 DISEMBER 2023.

Walaupun himpunan anti Israel kali ini tidak sebesar sebelum ini, namun ia menghantar mesej keras kepada sekutunya, AS yang menyalahgunakan kuasa menghalang gencatan senjata secara muktamad.

Peserta himpunan Malaysia Bangkit Tolak Kuasa Veto Amerika Syarikat di PBB membawa sepanduk yang mengutuk kekejaman Zionis di berhampiran Kedutaan Amerika Syarikat, Kuala Lumpur. Foto WAN NABIL NASIR, 15 DISEMBER 2023.

Selain orang dewasa, himpunan kali ini agak simbolik dengan penglibatan sekumpulan wanita dan kanak-kanak yang membantah kekejaman Zionis kerana melakukan pembersihan etnik di Gaza.

Meskipun himpunan ini disertai kira-kira 300 peserta, namun pihak polis tetap melakukan kawalan keselamatan dan sekatan jalan 100 meter dari pintu masuk Kedutaan AS.

Himpunan kali ini dihadiri beberapa pimpinan iaitu Pengerusi Aliansi Masjid Sedunia dalam Pertahankan Al Aqsa (Manar), Datuk Seri Ahmad Awang.

Himpunan aman itu berakhir jam 3 petang tanpa sebarang tindakan provokasi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast