Balai Seni Negara membudayakan kesedaran masyarakat terhadap kelestarian alam sekitar melalui seni.

KUALA LUMPUR – Balai Seni Negara telah mengadakan Program Seni Awam dan Pembangunan Lestari: Jum Berambeh Seni Awam sempena Bintulu Eco Carnival 2023,

Ia dalam usaha untuk membudayakan kesedaran masyarakat terhadap kelestarian alam sekitar melalui seni.

Program itu dianjurkan dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Bintulu bersama Kelab Guru-Guru Seni Bintulu, seniman tempatan dan komuniti setempat di Pantai Tanjung Batu dan beberapa bangunan di Bandaraya Bintulu, Sarawak.

Agensi kerajaan itu dalam satu kenyataan berkata, program itu merupakan sebahagian daripada 44 penyaluran Tabung  Bantuan Seni berjumlah RM1,344,650.00 dan kesinambungan menerusi Program Penggalakan Pemasaran, Promosi dan Acara.

Ia merupakan segmen Festival Merakyatkan Seni Budaya Warisan Akar Umbi di bawah Sektor Kebudayaan di Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC)

“Jum Berambeh bermaksud Jom Berkumpuldi mana dalam konteks pelaksanaan program ini, ia memberi maksud sebagai satu aktiviti berhimpun untuk berkongsi ilmu kepada para pelukis tempatan dan pemain industri yang terdiri daripada pelukis profesional jemputan Balai Seni Negara sepanjang penghasilan seni awam yang memberi impak tinggi.

“Fokus utama pelaksanaan program ini adalah penciptaan seni awam selaras dengan konsep Malaysia Madani yang turut memberi penekanan terhadap kelestarian dan tanggungjawab alam sekitar,” katanya kenyataan.

Lukisan mural di Bintulu mengetengahkan warisan dan budaya di SarawakLukisan mural ini mengetengahkan warisan dan budaya di Sarawak yang dilihat mampu menjadi daya tarikan baharu pelancongan di kawasan berkenaan.

Menerusi program yang sama, sebanyak empat buah seni arca awam dihasilkan menggunakan kayu hanyut yang ditemui di sekitar Pantai Tanjung Batu.

Antara seniman yang terlibat ialah Low Chee Peng, Jepson Wong dan Syahril Azwan. Penghasilan arca awam ini turut melibatkan Lembaga Kemajuan Bintulu dan Kelab Guru-Guru Seni Bintulu.

Selain itu, keindahan Bintulu, Sarawak turut diserikan dengan penghasilan tiga mural berskala besar oleh Yaul Acap, Abdul Rashid Abdul Raman dan Amey Sheikh Ali.

Lukisan mural ini mengetengahkan warisan dan budaya di Sarawak yang dilihat mampu menjadi daya tarikan baharu pelancongan di kawasan berkenaan.

Balai Seni Negara bekerjasama Lembaga Kemajuan Bintulu bersama Kelab Guru-Guru Seni Bintulu, seniman tempatan dan komuniti setempat.

Sempena Bintulu Eco Carnival 2023 itu, Balai Seni Negara turut mengadakan sesi perkongsian iaitu ”Artist Talk / Demonstration: Art as hobby or profession?” bersama pelajar-pelajar Pendidikan Seni Visual sekitar Bintulu.

Selain itu, Pameran Lukisan Alam oleh Pelukis-pelukis Bintulu dan Kumpulan Semarak Seni serta Pameran Waste to Art dikendalikan oleh Jepson Wong dan Mazlan Samawi.

“Dalam pada itu, Balai Seni Negara sentiasa cakna dalam memastikan hasil karya seni awam sentiasa terjaga. Karya seni awam yang dihasilkan menerusi program ini didaftarkan di aplikasi Jejak Seni Malaysia yang dikendalikan Balai Seni Negara di mana inisiatif ini bagi memelihara nilai hasil karya seni selain mengangkat lokasi seni sebagai tarikan pelancongan,” katanya.

Sementara itu, majlis perasmian Bintulu Eco Carnival 2023 disempurnakan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing.

Turut hadir Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Bintulu,  Datu Muhamad Yakup Kari dan dan Ketua Pengarah Balai Seni Negara, Amerrudin Ahmad. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast