SHAH ALAM – Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan permohonan tujuh hari ke atas suspek yang disyaki membunuh isterinya menggunakan dumbel di Jalan Sungai Congkak semalam.
Timbalan Pendaftar, Saidatul Akmar Suberi membenarkan perintah reman itu bermula hari ini hingga Jumaat minggu depan.
Sebelum itu, isteri suspek – seorang pensyarah sebuah kolej swasta di Sarawak maut selepas dipukul oleh suaminya akibat cemburu.
Pemeriksaan awal doktor di Hospital Shah Alam mendapati mangsa yang berusia 33 tahun itu mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan menggunakan dumbel tersebut.
Suspek yang berusia 38 tahun dan baharu sahaja berkahwin dengan mangsa empat bulan lepas ditahan polis tengah hari semalam.
Polis juga mengesahkan suspek mempunyai dua rekod lampau berkaitan pukul dan dadah selain mendapati ujian air kencingnya positif dadah jenis methamphetamine. – MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN: