Anjing Pengesan UNIT K-9 PDRM membuat pemeriksaan di sekitar apartmen adik Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin di Apartmen Idaman, Damansara Damai, Selangor. Foto WAN NABIL NASIR, 10 DISEMBER 2023.

PETALING JAYA – Tiada petunjuk baru ditemukan berkenaan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, sehingga kini.

Bagaimanapun menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussien Omar Khan, pihaknya meneruskan operasi mencari bukti di sekitar lokasi.

“Tiada perkembangan, maklumat terkini akan dimaklumkan dari masa ke semasa,” katanya.

Hari ini, sepasukan Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) tiba pada 3 petang di Blok R, Apartmen Idaman Damansara Damai.

Sehingga kini, tumpuan siasatan masih terarah pada Blok R yang menjadi lokasi terakhir Zayn Rayyan dilihat sebelum dilaporkan hilang.

Sebelum ini Hussein mengesahkan kematian Zayn Rayyan sebagai kes bunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kecederaan pada leher dan badan kanak-kanak itu.

Justeru itu, polis membuka siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana terdapat unsur jenayah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast