Abu Tariq Jamaluddin

KUALA LUMPUR – Datuk Abu Tariq Jamaluddin dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) yang baharu berkuat kuasa 17 Disember 2023.

Sebelum itu beliau adalah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pematuhan) LHDNM.

Beliau menggantikan Datuk Seri Dr. Mohd Nizom Sairi yang telah tamat tempoh kontrak perkhidmatannya pada 16 Disember 2023.

Abu Tariq memegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dengan Kepujian dari Universiti Malaya, mula berkhidmat di LHDNM pada 15 Mac 1995 dan mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang percukaian langsung merangkumi perundangan dan pematuhan cukai. – MalaysiaGazette