Dari kiri Yotam Haim, Samer Talalka, dan Alon Shamriz,

GAZA – Tiga tebusan Israel yang tersilap dibunuh oleh tentera rejim Zionis di Gaza pada hari Jumaat telah menggunakan sisa makanan untuk menulis papan tanda memohon bantuan.

Mereka dipercayai telah tinggal di bangunan di sebelah tempat mereka ditembak “dalam beberapa tempoh masa”, menurut Pasukan Pertahanan Israel (IDF).

Pegawai IDF mengakui membunuh individu yang memegang bendera putih adalah melanggar “peraturan perjanjian’.

Israel kini di bawah tekanan untuk membebaskan lebih banyak tebusannya.

Kira-kira 120 orang tebusan Israel dipercayai masih dalam tahanan di Semenanjung Gaza.

Mereka telah diambil pleh pejuang Palestin semasa serangan Hamas 7 Oktober lalu.

Israel telah melancarkan operasi balas dendam besar-besaran yang dikatakan bertujuan untuk memusnahkan Hamas.

Lebih 18,000 orang telah terbunuh di Gaza sejak itu, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan, dengan ratusan ribu yang lain terpaksa keluar dari rumah mereka.

Tebusan – Yotam Haim, 28, Samer Talalka, 22, dan Alon Shamriz, 26 – terbunuh di kejiranan Shejaiya di Bandar Gaza pada hari Jumaat ketika tentera Israel berdepan dengan tentangan sengit pejuang Hamas.

Menurut seorang pegawai tentera Israel, yang tidak mahu namanya disiarkan, lelaki itu muncul tanpa berbaju dari sebuah bangunan, dengan seorang membawa sebatang kayu dengan kain putih.

Salah seorang askar, tambah pegawai itu, berasa terancam, kerana lelaki itu berada pada jarak berpuluh-puluh meter, mengisytiharkan mereka “pengganas” dan melepaskan tembakan.

Dua terbunuh serta-merta manakala yang ketiga, cedera, kembali ke bangunan.

Jeritan meminta pertolongan kedengaran dalam bahasa Ibrani dan komander batalion mengarahkan tentera untuk menghentikan tembakan.

Tebusan yang cedera kemudian muncul semula, dan di ditembak dan dibunuh, kata pegawai itu.

Tidak jelas sama ada tebusan telah ditinggalkan oleh penculik mereka atau melarikan diri.

Pada hari Ahad, IDF berkata, pemeriksaan di bangunan itu mendedahkan mesej “SOS” dan “Bantuan, 3 tebusan” yang ditulis pada kain.

IDF percaya tebusan telah berada di sana sejak sekian lama. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast