KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan sedang menyiasat Papagomo berhubung satu video mengaibkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/Perundangan), Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, ia ekoran video live berdurasi satu jam 50 saat bertajuk DSAI Penyakit Misteri Tiada Penawar AIDS pada 16 Disember lalu.
Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Ideris disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman di bawah 14 Akta Kesalahan Kecil 1955, Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
“Kes masih peringkat siasatan dan PDRM menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi atau komentar yang boleh menganggu proses siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Rusdi, sebarang komentar yang menganggu proses siasatan boleh dikenakan tindakan tegas termasuk di media sosial untuk memanipulasi isu sehingga menyentuh isu kententeraman awam, prinsip moral, fitnah atau pengapian kesalahan. – MalaysiaGazette
rugi melayu ada watak setaraf ini? apa yang dia cari? duit semata2.
semoga Allah mengembalikan aib Dan fitnah yang dia usahakan kepada dia Dan ahli keluarganya.
Bila keluar berita yang tidak ingin kita dengar, kita cepat kata fitnah….kalau ianya berita yang kita nak dengar, kita kata ianya fakta….