Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Polis telah merakam percakapan beberapa individu termasuk pengadu dan bapanya serta suspek.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, rakaman percakapan guru-guru serta saksi-saksi bebas lain akan dilakukan seberapa segera memandangkan kebanyakan mereka telah pulang ke kampung disebabkan cuti persekolahan.

Menurutnya, kamera litar tertutup yang ditempatkan di lokasi kejadian juga telah diproleh dan sedang dianalisa.

“Malah, permohonan laporan perubatan telah dibuat dan diperoleh pada kadar segera,” katanya kepada media dalam perkembangan terbaharu kes gangguan seksual seorang pelajar tingatan dua di sebuah sekolah di Shah Alam.

Awal hari ini Mohd Iqbal mengesahkan telah memanggil suspek untuk dirakam keterangannya.

Suspek, seorang pelajar tingkatan dua di sekolah yang sama didakwa melakukan ugutan rogol dan memukul pengadu pada bahagian dada.

Kes disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak yang membawa hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai 20 tahun dan boleh juga dihukum dengan hukuman sebat. – MalaysiaGazette

Ugut rogol: Polis rakam keterangan pelajar tingkatan 2

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast