Manuel Hidalgo.

KUALA LUMPUR – Pemain sayap lincah, Manuel Hidalgo mengakui puas menikmati satu musim yang hebat bersama Kedah Darul Aman (KDA) FC.

Namun menerusi coretan di Instagram, Hidalgo yang bermain di posisi kanan kini mahu berehat seketika sebaik saingan Liga Super melabuhkan tirainya malam tadi.

Aksi baharu Liga Malaysia dijangka bakal bermula semula pada April tahun depan.

“Saya menutup tahun ini bersyukur kerana telah menjadi sebahagian daripada kelab yang hebat ini. Saya membawa rakan-rakan dan kenangan indah bersama saya, saya menikmatinya dan saya harap saya telah membuat anda menikmati di dalam padang juga.

“Saya berterima kasih kepada kakitangan kejurulatihan, kakitangan perubatan dan semua orang yang menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian di kelab. Saya juga berterima kasih kepada peminat Kedah yang luar biasa.

“Kini tiba masanya untuk berehat dan mula membuat persediaan untuk lembaran baru dalam kerjaya saya, yang terbaik akan datang,” tulis di media sosialnya.

Bersama Sang Kenari, pemain kelahiran Argentina itu tampil 24 perlawanan Liga Super, menjaringkan tiga gol serta melakukan 10 bantuan jaringan. – MalaysiaGazette