Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR- Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Pahang, Johor dan Sabah hari ini.

Dalam kenyataannya, MetMalaysia memaklumkan hujan berterusan sehingga esok dijangka melanda kawasan Rompin, Pahang; serta Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bharu di Johor.

Sabah pula melibatkan kawasan Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau dan Kota Belud di bahagian Pantai Barat selain Telupid, Beluran, Sandakan dan Kudat.

MetMalaysia memaklumkan hujan berterusan peringkat waspada juga dijangka melanda seluruh negeri Kelantan dan Terengganu serta beberapa kawasan di Pahang iaitu Jerantut, Kuantan dan Pekan bermula Khamis ini hingga 25 Disember.

Dalam pada itu, MetMalaysia dalam kenyataan terkini, mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan sehingga 6 petang ini.

Antara kawasan terlibat adalah Hulu Perak, Manjung, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim, di Perak.

Manakala di Kelantan melibatkan daerah Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang.

Di Terengganu pula melibatkan Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman manakala di Pahang (Jerantut, Maran, Kuantan, Bera dan Pekan)

Turut diberi amaran adalah Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Amaran yang sama turut dikeluarkan di Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Jempol, Negeri Sembilan; serta Alor Gajah dan Melaka Tengah; dan Pontian, Johor.

Di Sarawak antara daerah yang dijangka mengalami hujan lebat, ribut petir dan angin kencang adalah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Kanowit) dan Kapit (Song).- MalaysiaGazette