WASHINGTON – Amerika Syarikat menimbulkan ‘kebimbangan’ terdapat insiden penembak tepat askar Israel membunuh seorang ibu dan anak perempuannya yang sedang berlindung di satu-satunya gereja Katolik di Gaza.
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara John Kirby berkata, ‘kebimbangan’ itu telah disuarakan kepada Israel.
“Kami telah membangkitkan kebimbangan kami mengenai insiden khusus ini dengan kerajaan Israel tentang keperluan bagi mereka yang mengalami kecederaan atau yang cedera, untuk dapat dipindahkan dengan selamat supaya mereka boleh menerima rawatan perubatan yang sesuai,” katanya kepada pemberita.
Beliau turut mengulangi pandangan Washington bahawa lebih banyak boleh dilakukan” oleh Israel untuk melindungi orang awam di Gaza dengan lebih baik ketika perang di sana berterusan.
Bagaimanapun beliau berkata, AS tidak melihat sebarang bukti bahawa Israel menjadikan perang dan operasi taktikal yang dilakukan tenrera zionis untuk keluar dan menyembelih orang yang tidak bersalah.
“Sekarang ini berlaku bahawa orang dibunuh, orang dicederakan. Kami menyedarinya, tetapi jauh sekali daripada mengatakan ia adalah sebahagian daripada matlamat perang mereka,” kata beliau seperti yang dilaporkan oleh agensi Anadolu
Terdahulu media melaporkan askar penembak tepat Zionis telah “membunuh” seorang ibu dan anak perempuannya dan mencederakan tujuh penganut Kristian Katolik yang lain yang berlindung di Gaza’s Holy Family Parish.
Latin Patriarchate of Jerusalem seorang daripada wanita itu maut ditembak ketika cuba menyelamatkan seorang lagi selepas dia ditembak.
Tujuh orang lain cedera ketika cuba melindungi orang lain di perkarangan gereja, katanya.
“Tiada amaran diberikan, tiada pemberitahuan diberikan. Mereka ditembak dengan tanpa perikemanusiaan di dalam premis gereja, satu tempat di mana tiada pihak yang berperang,” katanya dalam satu kenyataan.
Pope Francis pada hari Ahad turut menyatakan kekesalannya dan melihat Israel sengaja menggunakan taktik “keganasan” di Gaza.
Paus menamakan dua wanita yang terbunuh itu sebagai Nahida Khalil Anton dan anak perempuannya Samar.
Sejumlah 900 penganut Kristian berada di Gaza dan dilaporkan tiga buah gereja telah dimusnahkan oleh regim Zionis.
Israel berhadapan dengan kemarahan masyarakat dunia terutama penganut Kristian selepas mengebom Greek Orthodox Saint Porphyrius berusia lebih 1,600 tahun.
Media melaporkan, lebih 300 pelarian Palestin menjadikan kawasan gereja tersebut sebagai tempat perlindungan apabila regim zionis meneruskan agenda melakukan pembunuhan beramai-ramai.-Agensi