Sepanjang kariernya Allahyarham Sulaiman Abdullah banyak terlibat dengan kes-kes berprofil tinggi

KUALA LUMPUR- Bekas presiden Majlis Peguam Sulaiman Abdullah menghembuskan nafas terakhir petang semalam pada usia 77 tahun.

Berita duka itu dikongsikan anak lelakinya, pelakon dan penulis drama Huzir Sulaiman menerusi satu pesanan khidmat ringkas.

Ujar beliau, allahyarham sehingga akhir hayatnya masih berfikiran tajam dan cerdas meskipun berdepan pelbagai cabaran kesihatan.

Malah menurut beliau, bapanya terus mewakili anak guam serta berkhidmat dalam pelbagai jwatankuasa serta panel penasihat.

Sepanjang kerjayanya, Sulaiman terlibat dalam kes-kes berprofil tinggi termasuk menjadi peguambela perbicaraan kes liwat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan peguam pendakwaan untuk kes rasuah bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Allahyarham juga pernah terlibat dalam krisis perlembagaan Perak susulan penyingkiran Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin.

Sulaiman dilantik sebagai Presiden Majlis Peguam pada 2000-2001.