Orang ramai tidak melepaskan peluang menikmati pemandangan keindahan dan waktu senja Pekan Kundasang yang terletak di kaki Gunung Kinabalu. Foto AFFAN FAUZI, 27 SEPTEMBER 2023.

KUALA LUMPUR – Pelancongan domestik di Malaysia merekodkan 53.4 juta pelawat domestik pada suku tahun ketiga 2023, meningkat dengan ketara iaitu 24.3 peratus berbanding suku yang sama tahun sebelumnya.

Walau bagaimanapun, bagi perbandingan suku tahun ke suku tahun, pelawat domestik menurun sedikit -2.0 peratus berbanding suku kedua 2023.

Perbelanjaan pelancongan domestik mencatatkan RM20.1 bilion, meningkat 33.8 peratus tahun ke tahun, tetapi perbandingan suku tahunan menurun -8.3 peratus.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin, secara keseluruhannya, prestasi pelancongan domestik Malaysia sehingga September 2023 merekodkan 156.6 juta pelawat domestik, meningkat 25.4 peratus berbanding setahun sebelumnya.

Bagi pernbelanjaan pelancongan domestik untuk sembilan bulan pertama, ia mencatatkan RM61.2 bilion, meningkat 33.8 peratus berbanding tahun lepas.

Mengulas lanjut mengenai prestasi indeks berkaitan industri pelancongan pada suku tahun ketiga 2023, indeks hasil taman tema meningkat 64.1 peratus tahun ke tahun, diikutii ketibaan di lapangan terbang domestik (+18.2%), trafik lebuh raya (+10.7%), jualan runcit bahan api (+6.6%) dan hasil zoo (+0.6%).

Sementara itu, indeks hasil penginapan juga meningkat dengan merekodkan 20.3 peratus.

Kadar penghunian hotel lima bintang meningkat 6.9 peratus, diikuti oleh hotel empat bintang (+5.4%), hotel tiga bintang (+32.9%) dan hotel dua bintang/ chalet/ motel (+9.3%).

Kadar penghunian mengikut lokasi di pantai dan bandar masing-masing meningkat 5.1 peratus dan 9.9 peratus, berbanding suku yang sama tahun sebelumnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast