Dr Asyraf Wajdi Dusuki

KUALA LUMPUR – Golongan ibu bapa diingatkan tidak menipu pendapatan hanya untuk dikategorikan dalam kumpulan B40 supaya anak diterima masuk Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

Teguran itu dibuat oleh Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dasuki.

Katanya, kasihanlah kepada anak-anak yang belajar dalam keadaan tiada keberkatan akibat mengambil hak orang lain.

Sebelum ini, Asyraf pernah menjelaskan MRSM tidak pernah ada polisi bahawa hanya pelajar miskin sahaja yang boleh memasuki sekolah tersebut.

Cuma keutamaan MRSM diberikan lebih kepada anak-anak golongan berpendapatan rendah.

Jelas beliau, polisi MARA menetapkan kuota 60% adalah anak-anak pelajar MRSM adalah dari kalangan B40 dan selebihnya mereka yang layak (lulus Ujian Kemasukan Ke MRSM-UKKM) dalam kalangan M40 dan T20. – MalaysiaGazette

Tiada polisi hanya pelajar B40 boleh masuk MRSM – Asyraf