KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia Bhd akan ditutup pada Isnin, 25 Disember ini sempena cuti Krismas serta cuti Tahun Baharu pada 1 Jan 2024.
“Bursa Malaysia dan anak syarikatnya akan beroperasi semula pada Selasa, 26 Dis 2023 dan pada hari Selasa, 2 Jan 2024,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – MalaysiaGazette