KUALA LUMPUR – Banjir diramalkan berlaku di beberapa daerah negeri Terengganu dan Kuantan, Pahang esok hingga Selasa, 26 Disember ini.

Ramalan itu susulan amaran hujan berterusan (bahaya) oleh Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini.

Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara, Jabatan Pengairan Malaysia melalui notisnya memaklumkan banjir dijangka berlaku pada jam 2 pagi esok hingga 2 pagi, 26 Disember ini.

Banjir dijangka melanda kawasan rendah dalam lingkungan 5 kilometer di sekitar Kg La, Kg Seberang La, Kg Keruak dan Kg Pengkalan Nangka, Besut.

Bencana itu juga dijanga melanda daerah Kemaman melibatkan sekitar Kg Sg Mas, Kg Pelantuh, Padang Kubu, Kg Paman dan Kg Sg Pinang.

Selain itu sekitar Jambatan Air Putih, Kg Teladas dan Kg air Darat Putih, Rumah Pam Paya Paman, Kg Binjai, Kg Bukit Mentok, Kg Kubang Kurus dan Kg Fikri serta Jambatan Tebak.

Di Hulu Terengganu, lokasi terlibat di KM8 Jalan Sekayu, Kg Pelandan, Kg Cheting dan Kg Bukit Gemuruh.

May be an illustration of text

Di Pahang, lokasi banjir melibatkan kawasan-kaawasan rendah dalam lingkungan 5 kilometer di sekitar Kuantan Bypass, Bukit Rangin, Kg Sg Tiram, Tanah Putih, Kg Cenderawasih, Kg Jawa dan Medan Warisan.

Selain itu, kawasan-kawasan rendah dalam lingkungan 5 kilometer di Sri Damai, Taman Pandan aman, Kg Jaya Gading, Kg Gudang Rasau, Kg Telok Mahang dan Kg Gelugor.

Turut terlibat sekitar Kg Galing, Taman Galing, Kg Alor Akar.

Selain itu Kg Sungai Ular dan Kg Cherating Damai.

Menurut JPS, daerah-daerah lain yang tidak termasuk dalam amaran banjir monsun ini diminta mengambil langkah berjaga-jaga.

Katanya, amaran ini dikeluarkan bagi membolehkan penduduk di kawasan dijangka banjir berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa atau agensi-agensi pengurusan bencana banjir. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast