Aliran trafik lancar menghala ke Ibu Kota lancar. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Aliran trafik di beberapa lebuh raya terkawal dan tiada kesesakan luar biasa berlaku di jalan-jalan utama menghala keluar dari Lembah Klang sempena sambutan Hari Krismas esok.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, kesesakan hanya berlaku di beberapa lokasi susulan kemalangan antaranya di Kilometer 263.2 Lebuh Raya Utara Selatan, arah selatan dari Terowong Menora ke Ipoh.

“Insiden sudah selesai, bagaimanapun trafik masih perlahan di lokasi dan pengguna jalan raya diminta berhati-hati,” katanya seperti dilaporkan.

Bagaimanapun, menurutnya, berlaku sedikit kesesakan di arah selatan dari Bandar Gamuda Cove menuju ke Persimpangan KLIA akibat kemalangan.

“Trafik menghala ke Pantai Timur sedikit sesak dari arah ibu kota menuju ke Plaza Tol Gombak susulan pertambahan kenderaan bagaimanapun aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur 1 dan 2 lancar di kedua-dua arah,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast