Empat dari lima anggota tentera Israel maut ketika menceroboh Gaza

TEL AVIV – Israel mencatatkan lima lagi kematian anggota tenteranya ketika mengadakan operasi darat pada hujung minggu menjadikan jumlah yang maut bertempur dengan Hamas kini 144 orang.

Mereka yang terkorban adalah Sgt. Nir Rafael Kananian, 20, dari unit peninjau Briged Givati, dari Beit Keshet, Sgt. Birhanu Kassie, 20, dari unit peninjau Briged Givati dari Beit Shemesh.

Sgt. Shay Termin, 26, dari Batalion 6623 Briged Pasukan Simpanan ke-55, dari Rosh Pina, Pegawai Waran Alexander Shpits, 41, dari Batalion 6623 Briged Pasukan Simpanan ke-55, dari Karmiel dan Kpt. Oshri Moshe Butzhak, 22, komander pasukan dalam unit peninjau Briged Nahal dari Haifa.

The Times of Israel melaporkan, Kananian, Kassie, Termin, dan Shpits terbunuh pada hari Jumaat di selatan Gaza manakala Butzhak terbunuh pada Sabtu di utara Gaza.

Lima lagi askar unit peninjau Briged Givati cedera parah dalam pertempuran di mana Kananian dan Kassie terbunuh.- Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.