logo banjir
Gambar hiasan

KUANTAN – Mangsa banjir di Lipis dan Raub Pahang terus meningkat kepada 600 orang membabit 141 keluarga pada malam ini.

Menurut laporan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pahang, jumlah itu meningkat sejak petang tadi dengan 13 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka.

“Mangsa banjir bertambah berbanding 513 orang sehingga jam 4 petang tadi di dua daerah iaitu Raub dengan 379 mangsa dan Lipis seramai 134 mangsa, kini semakin meningkat.

“Sehingga jam 8 malam ini, seramai 426 mangsa banjir di Raub, dan 174 di Lipis.

“Sehingga kini 13 PPS telah dibuka membabitkan sembilan di Raub dan empat di Lipis,” katanya menerusi kenyataan. – MalaysiaGazette