logo banjir
Gambar hiasan

KUANTAN – Sebanyak lima Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di Pahang sejak semalam berikutan hujan berterusan selama dua hari bermula Sabtu lalu.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri (JKMN) Pahang, Siti Nor Hasma Mat Isa berkata, PPS pertama dibuka di Jerantut manakala empat lagi di Raub pada pagi ini menempakan 230 mangsa banjir.

Bagaimanapun katanya, keadaan semua mangsa banjir terkawal dan diuruskan oleh petugas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di semua PPS.

”Seramai 230 mangsa membabitkan 55 keluarga ditempatkan di lima PPS di dua buah daerah.

”Daripda jumlah itu, mangsa bajir merupakan 84 lelaki, 79 perempuan, 27 kanak-kanak lelaki, 37 kanak-kanak perempuan.

”Mangsa banjir membabitkan 25 warga emas perempuan, 17 warga emas lelaki, empat orang kurang upaya lelaki,dua bayi perempuan serta seorang bayi lelaki,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurut Siti Nor Hasma, kesemua bekalan sudah disiapkan dan mencukupi kepada mangsa banjir kerana persiapan awal telah dilakukan dan pihaknya sentiasa bersedia sepanjang musim bencana ini.

Beliau turut menasihati agar semua mangsa banjir sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa jika diberikan arahan untuk berpindah ke PPS .- MalaysiaGazette