Foto: Malaysian Meterological Department (Facebook).

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Pantai Timur yang dijangka berlaku sehingga esok.

MetMalaysia dalam kenyataan dikeluarkan pukul 2 petang memaklumkan kawasan terlibat ialah Terengganu meliputi Dungun dan Kemaman, Pahang merangkumi Jerantut, Kuantan, Pekan dan Rompin serta Segamat, Mersing dan Kota Tinggi di Johor.

Menurutnya, amaran hujan berterusan tahap waspada dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan,ribut petir sedang atau dijangka berlaku melebihi enam jam dalam tempoh tersebut di sesuatu kawasan. – MalaysiaGazette